lihatlah matanya, lihatlah sedalamnya dgn mata hatimu, adakah dia ingin memberitahu kita, menyembunyikan kesengsaraannya?
KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.
Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.
Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.
Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.
Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya, katanya.
Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.
Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Syafia Humairah di-
percayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa
kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan
raya.
Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.
Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.
Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.
Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.
Sumber : Bharian.com.my
-----------------------------------------------------------------------------
jiwa yg ketandusan nur kasih,
hatinya penuh dgn rasa kebencian,
tiada seinci ruang rasa cinta,
tiada nada belas kasihan,
rasa simpati,
belas rasa ihsan,
pada tubuh si kecil itu,
nafsu amarahmu menguasai,
lantas si kecil itu,
si kecil yg masih tidak mengenal erti makna kehidupan,
si kecil yg menagih simpatimu,
si kecil yg sewajarnya diberi limpahan kasih sayang,
si kecil yg perlu dididik dgn nur Islam,
si kecil yg jiwanya perlu dihiasi dgn manik-manik permata Islam,
namun,
sebaliknya,
si kecil itu,
pipi yg dicium setiap pagi dan sebelum tidur
namun
si kecil itu, pipinya ditampar perit,
perut yg diisi dgn makanan2 kasih syg org tua
namun
si kecil itu menahan perutnya dgn kesengsaraan ditendang ibarat bola,
habis,
buah pinggangmu,
kulit kepala utk diusap dgn belaian rasa dilindungi,
namun
si kecil menahan perit kulit kepalanya,
putih gebu badan diusap mesra agr tiada sebarang luka
namun
si kecil itu menyembunyikan kesakitan dicucuh puntung rokok
ALLAH MAHA PENGASIH
ALLAH MAHA PENYAYANG
ALLAH MAHA ADIL
kesengsaraan adik berakhir,
adik dijemput bertemu pemilik yg Esa.
pemergianmu,
mengakhiri episod kisah duka dan peritmu.
biarpun zahir di dunia betapa sakitnya,
namun,
ALLAH menyayangimu lbh dr sesiapa di duniamu,
berbahagialah adik di sana.
abadilah kamu di sana.
zahir pd mata dunia sakitnya adik syafia,
tapi batinnya tiada siapa yg tahu.
tamatlah sudah kisah jiwa laramu..
--------------------------------------------------------------------------
apa yg meruntun hati sy dan mak ketika membaca dan berita tv3,
yg membuat kamu menitiskan air mata,
apabila,
menurut saksi,
beberapa jam sebelum adik pergi buat selama-lamanya,
ada yg mendengar suara adik syafia agr meminta tolong agr berhenti memukulnya, berhenti menderanya. syahdunya, kata mak, pd ketika itu, kemungknan besar, badannya sudah tidak tertahan menanggung kesakitan, dimohon simpati, namun, apa yg dia dpt??
menurut saksi,
dia nmpk adik syafia ditendang kat perut abdomen,
dia yg mengangkat adik syafia, kata saksi, pd waktu itu, adik syafia sudah tidak bermaya lagi,
pd masa dia disuruh ambil bola dan memakai kasut, adik syafia sudah tidak larat dan bermaya,
lantas apa yg dia dpt?adakah kasih syg?
TIDAK!!!
dia lantas dimarahi, didera, dan dipukul..
hnya 'kesilapan' si kecil yg tidak terdaya lagi utk berbuat spt diarahkan..
kisahmu tidak berakhir lagi
apabila 'dia' membuat laporan bahawa adik syafia terlibat dlm kemalangan, namun ALHAMDULILLAH pegawai2 perubatan lebih arif dr 'dia'.
dgn melihat kesan-kesan lebam melampau di dagu, bahu, lantas adik syafia diperiksa, post-mortem lebih lanjut.
hasilnya,
penangkapan kekasih, teman lelaki ibu adik sndiri.
------------------------------------------------------------------------------------
'alangkah mulia akhlak Rasulullah SAW,
sentiasa mengasihi kanak-kanak',
inilah yg trjadi apabila sunnah tidak diamalkan lagi,
hukum syariah diabaikan,
amar makruf dipandang remeh,
nahi munkar dipandang temeh,
ALLAH memberi kisah adik syafia humaira kpd kita semua sbg petanda, pengajaran kpd kita semua.
pengorbanan adik syafia menuntut kesedaran kt,
adakah nahi munkar masih ad di kalangan masyarakat kt?
nilai mawaddah wa rahmah dlm institusi kekeluargaan telah semakin hilang.
bgimana seorang wanita yg masih sah menjadi isteri pd suami di penjara bersekedudukan dgn seorang teman lelakinya?
nauzubillah!
sbnrnya,
lemahnya institusi kekeluargaan pd masa kini,
pudarnya nilai kehidupan bersyariatkan Islam,
rapuhnya norma kehidupan harmoni.
ALLAH sbnrnya menguji kita semua.
ALLAH ingin melihat kita semua.
apakah yg kita lakukan?
hanya berdiam diri andai perkara ini terjadi di tempat anda?
laporkan,
kt ada talian Nur utk mangsa penderaan.
mengikut Akta Kanak-kanak, kt boleh membuat laporan jika mengesyaki andai ad berlaku penderaan utk menyelamatkan nyawa kanak-kanak disyaki didera.
dan paling penting,
masalah bersekedudukan,
laporkan terus.
kt ada pelbagai saluran.
melalui JKKK, ketua kampung, pejabat agama, polis,
ada undang-undang tau utk menahan mereka yg berkesedudukan.
namun,
yg bermain di fikiran sy dan mak,
kejadian itu berlaku di padang bola,
adakah tiada sesiapa pun di padang bola?
atau semuanya ternganga melihat krn terkejut?
akhirnya,
lihatlah sekali lagi wajah si kecil,potret si kecil ini,
lihatlah matanya,
pandnaglah dgn mata hatimu,
bayangkan kesengsaraan s kecil ini menanggung derita.
syahdu suara hatinya meminta agr dihentikan penderitaannya.
bayangkan wajah si kecil ini meminta dihentikan dgn lemah tak bermaya terkulai lemah
bayangkan wajah si kecil ini hnya mendiamkan diri apabila ditanya
bayangkan wajah adik-adik anda atau anak-anak anda tersayang!!
peluk dan ciumlah mereka selagi mereka masih ada.
bersabarlah dgn kerenah nakal mereka!!
lihatlah ummag kita..ini baru satu daripada berjuta lagi masalah ummah.
ReplyDeletetanya diri adakah kita hanya mahu bersedih sehari dua, kemudian lupa semula.
jom sama-sama jadi penggerak yang membangunkan ummah kita. Ummah yg sedang tidur ini~
bukn hanya tidur, malah terlalu lena dibuai mimpi khayalan semata-mata.
ReplyDeletemari berdoa agr kita sama2 menjadi ummah yg sedar akan tugas sbg hamba ALLAH di muka bumi ini. mengutip segala masa yg ad utk beribadah pdNya.ameen!!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete