Sunday, December 20, 2009

-azam tahun baru-

ALHAMDULILLAH...

Kt masih berpeluang utk berada dlm tahun baru hijrah.
so, bgimana dgn azam tahun lepas?
jika ad belum tertunai,
sambungkan blk taun nie.
usaha berterusan.

namun,
ad sket kerisauan.
yelah, mase petang asar magrib hari terakhir utk taun nie, (waktu msia)
same lah jgk dgn hari perlawanan bola sepak final sukan sea malaysia vs vietnam.
dlm sorakan kemenangan,
moga2 tidak lupa utk berdoa yek!!
hebat kan media dan sukan hiburan,
bisa mengalih pndangan, perhatian umat islam.

utk si suami yg meminati bola,
moga si isteri tidak lupa mengingatkan suami utk mengimamkan doa.

utk teman2, saling mengingatkan agar tidak lupa.

takut kan,
detik permulaan tahun baru, dikhuatiri dicemari dgn sorakan,
takut2 terlupa utk mengucapkan syukur pdNYA.
-------------------------------------------------------------------------

SO,
AZAM BARU SAYA??

  1. membuat persediaan agar bersedia utk menjadi zaujah solehah.
  2. menjadi hamba ALLAH yg SOLEHAH
  3. anak yg solehah,
  4. gain weight..hehehe. mkn bnyk!!!!!
  5. dakwah diri sndiri dan sahabat2
  6. taknak tido dh after subuh
  7. no fast food!!!!!!!!!
  8. learn n try to cook western food
  9. blk umah selalu.
  10. a good driver, n brave too..n smart too
ad lagi yg lain...tp kena jd personal punye azam lah!!

saya dh nak kahwin ke sbb azam bersedia jd zaujah solehah????
xsemestinya,
persediaan utk jd zaujah solehah sepatutnya bermula dr kt belum ad calon ag, bukan senang nak jadi solehah, tp tak susah klu kt sntsa beristiqamah dn sntsa memohon pd ALLAH.
jgn tnggu esok nk khwin, pg kursus khwin, bru bersedia.
kena awal2, barulah ad mawaddah warahmah!!!!!!!!!!!

saya nk zauj yg Qowwiy..yakni yg tidak tido after subuh.
jd untuk itu, saya sndiri dulu perlu menjadi spt itu.
taknak tido dh after subuh.
mmg besar dugaan, terutama kat umah, my parents let me sleep after subuh becoz they said, 'anak2 duk asrama blk umah mesti nak qada' tido' hehehehehe.
tp, my abah selalu tegur..tak elok tido after subuh..huhuhu..insyaALLAH semangat hijrah baru ni!!!!!!!

saya tak prnh rase 'gemuk' atau 'berisi'
jd, saya nk bnyk mknan berkhasiat, agr badan naik.gemuk sket..
utk ad yg nk lose weight, bersyukurlah dgn nikmat 'berisi' itu kerana saya sntsa mengimpikan berat badan..to gain weight.

no fastfood!!!
wah, McDonald mmg dh lame tak mkn,
say NO to Fast Food!!

western food..
ni cm agk susah,
sbb kt umah xde sape ske western style.
jd, utk blaja agk kesusahan.
but, i need to learn so, wheneva i have zauj n kids, ad variation dlm juadah makanan kami!!

blk umah selalu!!
bukankah melihat wajah kedua orang tua mendapat pahala?????????
kd, baliklah umah!!!!

smart driver.
good driver
brave driver..
saya ingin berani utk memotong lori.
seumur saya ad lesen,xprnh potong lori,
sbb lori bigger than kancil ryte???
plus, bcoz there is still red P tertampal, jd lori ske main himpit2...
this year, no more red P !!!!!!
sy ingin jadi berani!!!!!!


semoga ALLAH membantu saya merealisasikan azam baru saya ini!!!!!!!!

Wednesday, December 16, 2009

--ketawa dalam ISLAM--

(baby nie soleh senyum ketawa ikut sunnah nabi,xnmpk gigi..)

KETAWA DALAM ISLAM
Dari : Riwayat Abu Daud


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"


i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain.

Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullahs.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluargadan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islams eperti:


a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullahs.a..w .


b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.


c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.


d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.


e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.


f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya


g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak)kerana banyak ketawa akan memadamkan cahayahati.


iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah,mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

bersederhanalah dalam bergurau dan berketawa.

jgn gelak bnyk nnt kt lupa pd ALLAH, kematian..

(pesanan utk diri saya!!!!!!)